Kelainan buku ini daripada buku-buku umrah DIY yang lain adalah, penulis menceritakan secara terperinci langkah-langkah pembelian tiket kapal terbang, pemilihan hotel, cara permohonan VISA dan juga cara memuat naik aplikasi Nusuk yang diperlukan untuk mendapatkan permit memasuki Raudhah. Ia adalah secara Step by Step seperti USER MANUAL.
Selain daripada itu, penulis juga berkongsi tips-tips sepanjang mengerjakan umrah dan juga cerita-cerita tentang tempat-tempat ziarah di Tanah Suci supaya pembaca dapat lebih menghayati setiap lawatan yang dibuat nanti.
Penulisan yang terperinci ini persis buku panduan pengguna di mana pembaca boleh jadikan ia sebagai langkah-langkah yang perlu dibuat mengikut turutan penceritaan bagi merealisasikan impian untuk menunaikan Umrah DIY.
Buku ini 2x ganda lebih tebal daripada Buku Edisi 1 dan Edisi 2. Ia mempunyai 340 muka surat. Penceritaan yang jelas dan disertakan dengan gambar, jadual dan langkah-langkah menjadikan ia adalah panduan lengkap untuk anda.
Anda perlu mendapatkan sekiranya anda ingin ke umrah berkali-kali dengan bajet anda sendiri.
Dapatkan ketiga-tiga buku ini sekarang.
|